Tarikh : 28 Oktober 2014
Tempat : Lapang Sasar Gong Kuin, Kuala Terengganu
Pada hari ini,aktiviti dimulakan seawal pukul 6.30 pagi dengan Perhimpunan Pagi dan warm-up exercise bertempat di kawasan Lapang Sasar sebelum sarapan. Sebelum memulakan sesi berikutnya, para atlet dibahagikan kepada 8 kumpulan (4-5 orang bagi setiap kumpulan) untuk setiap satu jurulatih. Pembahagian kumpulan kecil ini bertujuan untuk memastikan jurulatih menyampaikan maklumat dan berinteraksi dengan atlet dengan lebih dekat. Kaedah ini juga dapat membantu atlet untuk lebih memahami dengan segala penerangan mengenai teknik dan kesalahan semasa latihan dibuat serta membantu sesi pengajaran jurulatih dengan lebih berkesan.
Pada sesi hari ini, para atlet diberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai Shooting Safety & Rules, latihan Holding dan latihan Trigger & Follow Through. Bagi setiap sesi dijalankan, setiap jurulatih akan memantau dan membetulkan kesalahan bagi para atlet dibawah seliaan masing-masing.
Pihak Satelit ISN juga telah membantu menjalankan sesi latihan fizikal pada sebelah petang dan sesi ceramah bertajuk Pemakanan Sukan pada sebelah malam.
Esok, aktiviti akan dimulakan dengan Perhimpunan Pagi dan sesi latihan.
LAPORAN OLEH,
MARINA ARSHAD
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment