Wednesday, November 12, 2014

KEM T20 MENEMBAK 2014 : HARI PERTAMA

Tarikh : 27 Oktober 2014
Tempat : Lapang Sasar Gong Kuin, Kuala Terengganu

Perlaksanaan Kem Menembak Program Khas Jangka Panjang ini adalah merupakan kesinambungan daripada Program Khas Jangka Panjang 2020-2024 (T20) yang telah diadakan pada bulan April 2014 yang lalu.

Pihak Urusetia telah bertolak ke Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan Majlis dan selamat tiba di lokasi penginapan pada pukul 5.30 petang. Seramai 32 orang atlet dan 10 orang jurulatih tiba pada jam 9.00 malam. Secara keseluruhannya,  seramai 32 orang atlet dan 10 orang jurulatih dan pegawai telah melaporkan diri di tempat penginapan di Hadami Homestay, Gong Kuin.

Sesi yang diadakan pada hari ini adalah Ice Breaking yang di
jalankan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Satelit ISN Terengganu serta mesyuarat program bersama para jurulatih.

Esok, aktiviti akan dimulakan dengan Perhimpunan Pagi pada pukul 6.30 pagi yang akan diketuai oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu En. Yusri Jusoh.

LAPORAN OLEH,
MARINA ARSHAD
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

No comments:

Post a Comment