TARIKH : 30 APRIL 2014
TEMPAT : JANDA BAIK,
PAHANG
Kem Program T’20 yang
berlansung selama tiga hari bermula dari 28 April sehingga 30 April akhirnya
melabuhkan tirainya. Program T’20 berjalan dengan lancar sekali dengan
kerjasama dari semua pihak yang sama-sama menjayakan program yang amat bermakna
ini.
Hari terakhir Kem
Program T’20 bermula pada pukul 6.30 pagi dimana seperti biasa atlet yang
beragama Islam akan solat berjemaah bersama pihak urusetia dan seterusnya melakukan
senamrobik di dataran yang dikendalikan oleh Kem Komandan dan pegawai dari
cawangan hal ehwal atlet MSN.
Latihan raptai bagi
persediaan majlis perasmian penutupan diadakan selepas sarapan pagi. Pihak
urusetia bertungkus lumus menyiapkan semua yang perlu bagi melancarkan perjalanan majlis. Majlis perasmian
penutupan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Zolkples Embong selaku Ketua
Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia diiringi oleh Pengarah Cawangan Pelapis. Majlis juga dihadiri oleh beberapa wakil dari
persatuan sukan, Pengarah Majlis Sukan Negeri dan juga ketua unit USPTN negeri.
Majlis berjalan dengan
lancar, ditambah dengan semangat para atlet yang menyanyikan lagu NegaraKu
dan Semangat Sepasukan dengan begitu bersemangat lagi. YBhg. Dato’ Seri
Zolkples Embong memuji akan semangat para atlet muda ini dan berharap agar
pihak Pelapis terus cemerlang dan menghasilkan lebih banyak atlet pelapis yang
mampu menjulang nama negara di persada antarabangsa.
Majlis berakhir pada
pukul 1.30 petang dan para jemputan serta atlet ke jamuan makan tengahari. Hari
terakhir ini menyaksikan sedikit demi sedikit atlet bersama pegawai pengiring
pulang ke negeri masing-masing. Semangat saling bekerjasama sehingga Program
T’20 ini berjalan dengan cemerlang amatlah dirasai dan diharap agar terus
berlanjutan di masa akan datang.
Walaubagaimanapun
perjalanan para atlet terpilih ini tidak berakhir disini. Banyak program telah
dirancang demi mencapai matlamat sebenar Program Jangka Panjang 2020 / 2024
ini. Perkembangan dan penambahbaikan
akan terus dibuat dari masa ke semasa.
Sekian, majulah sukan
untuk Negara!
No comments:
Post a Comment