TARIKH : 29 APRIL 2014
TEMPAT : JANDA BAIK,
PAHANG
Hari ini masuk hari
ketiga para atlet, jurulatih dan urusetia berada di Janda Baik, Pahang untuk
Program T’20. Hari ketiga dimulakan pada pukul 6.15 pagi dimana atlet beragama
Islam solat secara berjemaah dan seterusnya ke aktiviti senmarobik sehingga
7.30 pagi.
Hari ini juga sesi
Ujian Anthropometric berjalan sepanjang pagi dan petang. Atlet dibahagikan kepada 2
kumpulan dimana kumpulan pertama melakukan ujian timbang berat, tinggi dan ukuran depa. Manakala kumpulan kedua melakukan ujian ketahanan otot yang
dikenali sebagai Yo Yo Test atau Bleep Test. Pada sebelah petang pula,
kedua-dua kumpulan tersebut berganti pusat ujian. Sesi ini dikendalikan oleh
pihak Institut Sukan Negara (ISN) dengan bantuan urusetia dan PPN dari USPTN
negeri.
Sesi petang diselitkan
dengan sesi riadah dimana atlet dibenarkan berjalan di sekitar lokasi program
diiringi oleh PPN negeri. Setelah itu atlet kembali ke bilik dan makan malam.
Aktiviti malam bermula
pada pukul 8.00 malam untuk sesi latihan dalam kumpulan. Sesi ini dikendalikan
oleh En Izuwan Arifin selaku perancang aktiviti Program T’20 dibantu oleh
beberapa pegawai MSN dari Cawangan hal ehwal atlet. Sesi ini menyaksikan atlet
berkenalan sesama sendiri dan melakukan banyak aktiviti yang santai. Kegembiraan
dan keriangan atlet terserlah apabila dapat melakukan aktiviti seperti menari,
permainan dan berkenal-kenalan dengan atlet-atlet lain. Aktiviti berakhir pada
pukul 10.30 malam dan ditangguh ke esok hari.
Manakala pihak urusetia
pula mengadakan postmortem setelah aktiviti berakhir dan membincangkan mengenai perjalanan majlis penutup
esok oleh YBhg. Dato’ Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.
Melalui postmortem hari ketiga, semua aktiviti berjalan dengan lancar dan baik.
No comments:
Post a Comment