8 Disember 2014
Hari ini aktiviti kem bermula dengan perhimpunan pagi dan doa selamat. Selepas perhimpunan atlet semua bergerak ke Institut Sukan Negara (ISN) untuk menjalani Ujian Kecergasan. Antara ujian-ujian yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Standing Broad Jump
2. Static Vertical Jump
3. 40m Sprint
4. Medicine Ball Throw
5. Bleep Test
Sesi Ujian tamat pada jam 12:30 tengahari dan atlet bergerak balik ke hotel untuk makan tengahari. Aktiviti bersambung pada jam 4:00 petang untuk sesi latihan di Veledrom Cheras. Sebelum atlet ke Veledrom, semua membantu menaikan basikal trek masing-masing ke atas lori untuk dihantar dan simpan di stor Veledrom. Latihan tergendala selama 1 jam untuk jurulatih memperbetulkan atau membaiki basikal serta taklimat untuk latihan hari ini oleh Ketua Jurulatih, En. Suod. Latihan dimulakan pada jam 5:00 petang. Latihan yang dijalankan adalah Pengenalan kepada permukaan trek (tinggi dan kecuraman trek).
Disebelah malam, satu sesi ceramah bertajuk 'Asas Kecederaan & Perawatan Sukan' yang di kendalikan oleh pegawai perubatan dari ISN. Aktiviti akan bersambung esok pada jam 8:00 pagi di Veledrom Cheras.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
No comments:
Post a Comment