9 Disember 2014
Hari ini telah masuk hari ketiga kem latihan dijalankan. Seperti biasa perhimpunan pagi dan doa selamat diadakan pada 7:00 pagi dan terus bergerak ke Veledrom menaiki 3 buah van MSN.
Sejurus sampai di Veledrom, atlet diarah untuk melakukan regangan badan sebelum aktiviti trek dilaksanakan. Aktiviti pada pagi ini adalah 'Warming Up Lap - 10 min trek atas, 5 min trek bawah dan 10 min Activation', Teknik Standing Start dan Fly 100m. Sesi pagi ini tamat pada jam 12:00 tengahari.
Sesi petang bersambung pada jam 3:00 petang dari kesinambunangan latihan yang diadakan pada pagi hari ini. Selepas 1 jam 30 min latihan dijalankan cuaca agak kurang sesuai untuk latihan diteruskan dimana hujan turun dengan lebatnya menyebabkan latihan terpaksa dibatalkan.
Pada sebelah malam tiada aktiviti dilaksanakan. Atlet diberi rehat secukupnya untuk latihan esok hari.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
No comments:
Post a Comment