Tuesday, December 9, 2014

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI PERTAMA

Kem Bakat T20 Sukan Taekwondo 2014 telah diadakan yang mana bermula dari dari 7 hingga 12 Disember 2014 bertempat di Seremban, Negeri Sembilan. Kem ini telah melibatkan seramai 34 orang dengan pecahan 18 atlet wanita dan 16 atlet lelaki dan tujuan kem ini diadakan adalah bagi membentuk serta mencari atlet-atlet yang mampu bertanding di Temasya Olimpik kelak.

Pendaftaran kem bermula pada pukul 12.00 tengahari dengan kehadiran atlet-atlet dan jurulatih dari negeri-negeri yang terlibat seperti Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Terengganu. Pada sebelah petang atlet-atlet berkumpul dan diberi taklimat oleh Jurulatih T20 iaitu En.Benjamin Raj mengenai tentatif kem dan peraturan yang perlu dipatuhi. Selain itu, penerangan juga diberikan kepada atlet tentang objektif utama kem yang berlangsung selama 6 hari ini. Seramai 5 orang Jurulatih Separuh Masa (JSM) dari Pelapis Negeri turut terlibat dengan kem ini.

Pada sebelah malam, satu sesi Ice Breaking telah dijalankan kepada atlet yang telah dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Negeri iaitu En Suhaimi dari P.Pinang dan En Syafiq dari N.Sembilan. Sesi ini telah tamat pada jam 10.30 malam dan aktiviti seterusnya akan bersambung pada keesokan hari.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment