Kem T20 sukan memanah program jangka panjang tahun 2020-2024 bermula pada 21 Disember sehingga 25 Disember 2014 bertempat di Padang Memanah Stadium Larkin Johor Bahru. Seramai 35 atlet (19 wanita 16 lelaki), 9 jurulatih dan 3 urua setia telah terlibat semasa kem ini berlangsung. Pada kali ini pihak urus setia telah melantik jurulatih En. Norhizam Ishak (Juruatih Elit) selaku ketua jurulatih bagi membimbing para atlet yang akan di bantu oleh 8 jurulatih yang lain.
Pihak urus setia telah memilih Hotel Seri Malaysia Johor Bahru sebagai penginapan atlet, jurulatih dan uruse setia yang terlibat. Bagi sesi latihan pula, padang memanah Stadium Larkin di jadikan pusat latihan sepanjang kem berjalan. Pada hari ini pendaftaran atlet dibuka jam 12 tengah hari bagi atlet yang telah sampai lebih awal di sini sehinga jam 3.00 petang bagi menunggu kehadiran atlet di seluruh negeri.
Sesi taklimat daripada urus setia bermula jam 4.00 petang sehingga 5.30 petang bagi memaklumkan perjalanan program sehingga di penghujung program kem ini. Pada sebelah malam tepat jam 8.30 malam sesi Klinik Pengenalan sukan memanah telah diadakan yang dipimpin oleh kesemua jurulatih yang terlibat. Klinik ini lebih menekankan para atlet kepada teknik latihan yang betul, peralatan yang digunakan serta fokus didalam latihan serta beberapa perkara lain yang berkaitan.
Sesi klinik telah tamat jam 10 malam dan akan bersambung program keesokan hari bermula jam 6.30 pagi dengan perhimpunan pagi dan sesi ujian kecergasan yang dibantu oleh pihak ISN Nusajaya , dimana ujian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan para atlet sebelun meneruskan kem latihan. Dilampirkan gambar-gambar sekitar perjalanan hari pertama Kem T20 sukan memanah.
LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment