Monday, December 22, 2014

KEM T20 MEMANAH 2014 : HARI KEDUA

22 Disember 2014

Pembukaan program bagi hari ke - 2 dimulakan dengan perhimpunan pagi atlet dan jurulatih tepat jam 6.30 pagi dengan nyanyian lagu Negara Ku sebagai pembukaan program dan diikuti dengan regangan badan sebagai senaman pagi para atlet. Selepas itu Ketua jurulatih telah memberi taklimat ringkas perjalanan program yang telah diaturkan mengikut jadual. Selesai perhimpunan pagi para atlet diberi sarapan pagi oleh pihak hotel bermula jam 7.10 pagi dan jam 8.00 pagi pula para atlet di bawa ke dewan Kementerian Belia dan Sukan, Larkin untuk sesi ujian kecergasan yang dikendalikan oleh pasukan TID ISN dari Bukit jalil yang dibantu oleh ISN Nusajaya Johor Bahru. Sesi ini telah tamat jam 11.30 pagi dan atlet dibawa pulang ke hotel untuk rehat serta makan tengah hari bermula jam 12.30 tengah hari.

Sesi latihan kem bermula jam 2.00 petang di Padang Memanah Stadium Larkin dengan latihan shooting skill‎ jarak 10 meter. Sebelum memulakan latihan para jurulatih telah membuat pemeriksaan peralatan setiap atlet dan regangan ringan dijalankan oleh mereka sebelum memulakan latihan memanah. Latihan ini telah tamat jam 6.00 petang dan atlet di bawa pulang ke hotel untuk berehat bagi meneruskan sesi sebelah malam. Disebelah malam hanya aktiviti ringan diberikan kepada para atlet, dimana sesi Ice Breaking dan Fun Games yang dipimpin oleh pihak urus setia sehingga tamat jam 10.15 malam.


LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

No comments:

Post a Comment