Hari keempat Kem T20 Taekwondo menyaksikan latihan yang dikendalikan oleh Jurulatih En.Benjamin semakin mencabar dan ada antara atlet-atlet yang telah memperlihatkan peningkatan dari segi kepantasan dan teknik sepanjang sesi latihan berlangsung. Namun sebelum latihan dijalankan seperti kebiasaan satu perhimpunan pagi dijalankan berserta bacaan doa dan nyanyian lagu negaraku yang dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Negeri.
Latihan sebelah pagi telah bermula pada pukul 8.30 pagi di mana latihan yang lebih intensif diberikan kepada atlet-atlet yang terlibat pada hari keempat ini. Pada sebelah petang, latihan diteruskan lagi dengan atlet-atlet diajar dengan teknik-teknik berlawan yang mana boleh digunakan oleh atlet ketika menyertai mana-mana pertandingan. Kem T20 Sukan Taekwondo 2014 pada kali ini telah dikunjungi oleh Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara iaitu En.Jefri Ngadirin dan Ketua Unit Pelapis Kebangsaan En.Azrul Hisham. Sedikit taklimat dan nasihat telah diberikan oleh En.Jefri Ngadirin kepada semua atlet dan jurulatih tentang pentingnya Program T20 ini bagi pembangunan sukan negara pada masa hadapan.
Satu sesi ceramah Pemakanan Dalam Sukan telah diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara pada sebelah malam. Sesi ini telah dikendalikan oleh Cik Kamsina dan Cik Isabelle Van Huizen dari Unit Pemakanan ISN. Penceramah banyak menekankan soal pemakanan atlet sebelum semasa dan selepas kejohanan kerana aspek pemakanan adalah satu perkara yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang atlet itu. Aktiviti kem telah tamat pada jam 10.30 malam dan akan bersambung pada keesokan harinya.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
No comments:
Post a Comment