Thursday, December 25, 2014

KEM T20 MEMANAH 2014 : HARI KETIGA

23 Disember 2014

Kem latihan hari ke 3 diteruskan lagi dengan perhimpunan pagi atlet dan jurulatih pada jam 6.30 pagi, dimana semua atlet berkumpul di hadapan hotel bagi menyanyikan lagu Negaraku dan mendengar taklimat ringkas jurulatih bagi perjalanan program. Seperti biasa senaman ringan dan regangan badan sebagai pemanas badan telah dibuat dan lari anak sebanyak 2 pusingan telah dilakukan.

‎Sesi latihan di padang diteruskan lagi bermula jam 8.00 pagi, dimana kesemua atlet dibawa ke padang memanah untuk menjalani latihan 'shooting skill' jarak 10 meter dan diikuti dengan jarak 30 meter. Menurut jurulatih terdapat beberapa orang atlet yang masih perlu memperbaiki cara memanah mereka. Sebelum latihan dijalankan, para jurulatih akan memeriksa bow yang digunakan oleh atlet untuk mendapat cara memanah yang betul, kerana rata-rata atlet tidak menggunakan cara yg betul semasa memanah. Walau bagaimanapun, para atlet dapat melakukan dengan baik setelah diberi tunjuk ajar oleh beberapa juratih yang berpengalaman didalam bidang ini.

Pada sebelah petang pula, pada jam 2.00pm jurulatih memberi latihan tambahan jarak 30 meter lagi untuk atlet mendapat keserasian menggunakan bow mereka dengan teknik dan cara yang telah diubah semasa di kem ini dan tidak sama semasa mereka di negeri masing-masing. Menurut jurulatih ada peningkatan atlet tersebut sehingga latihan sebelah petang tamat jam 6.00 petang dan atlet di bawa pula ke hotel untuk berehat dan bersiap bagi makan malam serta sesi sebelah malam pula.

Sesi pada malam ini diteruskan dengan menjemput penceramah daripada ISN iaitu Dr. Ahmad Munawwar dengan tajuk Asas Kecederaan Sukan. Ceramah ini telah menerangkan kepada atlet mengenai asas kecederaan sukan dan kecederaan yang sering dan kerap terjadi kepada atlet semasa latihan mahupun semasa kejohanan. Di ceramah ini juga, atlet juga diberitahu bagaimana cara untuk mengatasinya disamping menerangkan punca terjadinya kecederaan. Dihujung ceramah telah diadakan sesi berdialog atlet dan doktor dan beberapa soalan berkaitan telah diajukan kepada penceramah ini sehinggalah sesi tamat jam 10 malam. Kem latihan akan disambung pada keesokan harinya lagi dan dilampirkan bersama gambar sesi latihan sepanjang hari ini.
LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

No comments:

Post a Comment