Friday, December 12, 2014

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI TERAKHIR


Hari ini 12 Disember 2014 merupakan hari terakhir bagi Kem T20 Taekwondo 2014 melabuhkan tirainya di mana atlet-atlet telah berjaya mengharungi latihan yang mencabar sepanjang 6 hari kem berlangsung. Kem ini juga boleh dikatakan mencapai objektifnya bagi mengumpul atlet-atlet berbakat yang mampu bersaing di Temasya Olimpik satu hari nanti kerana atlet-atlet yang terlibat telah menunjukan kehebatan walaupun di usia yang muda.

Majlis penutup telah berlangsung pada jam 9.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Jurulatih Program T20 bagi sukan taekwondo iaitu En.Benjamin Raj. Sedikit rumusan dan kata-kata semangat telah diberikan oleh jurulatih kepada semua atlet yang terlibat. Sesi penyampaian hadiah juga telah dijalankan di mana terdapat beberapa atlet telah dipilih sebagai pemenang berdasarkan kriteria seperti atlet paling berdisiplin dan atlet paling berpotensi. Majlis penutup telah tamat pada jam 11.00 pagi dan atlet telah bergerak pulang ke negeri masing-masing pada waktu tengahari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment