Friday, December 12, 2014

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI KELIMA


Tinggal sehari sahaja lagi Kem T20 Sukan Taekwondo 2014 bakal melabuhkan tirainya namun semua atlet dilihat masih tekun menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh sepanjang kem ini berlangsung. Pada hari kelima kem, atlet telah menyiapkan diri bagi menghadapi "sparring match" yang dijadualkan berlangsung pada sebelah petang.

Pada sebelah pagi atlet-atlet telah menjalani aktiviti seperti pada kebiasaannya iaitu perhimpunan pagi dan melakukan regangan badan. Setelah tamat semua atlet dan jurulatih bergerak ke ke SMK Seri Pagi bagi menjalani latihan yang mana latihan pada sebelah pagi akan dikendalikan oleh En Sarawanan yang merupakan bekas atlet negara dan kini seorang jurulatih di Pelapis Kebangsaan Majlis Sukan Negara. Dalam sesi latihan ini beliau banyak menunjukan teknik-teknik berlawan yang terkini di samping menceritakan pengalaman serta beliau sepanjang menjadi atlet kebangsaan pada satu ketika dahulu.

Pada sebelah petang, sesi "sparring match" telah diadakan bagi menguji keberkesanan latihan yang diadakan selama seminggu berkampung di Negeri Sembilan ini. Ternyata latihan yang diadakan sepanjang kem berjaya digunakan oleh atlet semasa sparing match dijalankan. Atlet-atlet juga mendengar arahan dengan baik daripada jurulatih yang terlibat dan ini menunjukan sesuatu yang positif bagi peningkatan sukan taekwondo di negara ini. Namun begitu, terdapat sedikit kecederaan biasa yang berlaku kepada atlet dan pihak penganjur mengambil tindakan pantas bagi memberi rawatan semasa perlawanan dijalankan.

Aktiviti telah tamat pada jam 6.00 petang dan aktiviti seterusnya akan bersambung pada keesokan hari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment