Showing posts with label Olahraga. Show all posts
Showing posts with label Olahraga. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

KEM T20 OLAHRAGA 2014 : HARI KELIMA

Hari ini (3 Disember 2014) telah masuk hari yang kelima Kem T20 sukan Olahraga. Pada jam 6.45 pagi perhimpunan pagi dimulakan sehingga jam 7.00. seterusnya semua atlet menikmati sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti pagi ini iaitu 'mini competition' pada jam 8.30 pagi tadi.  Atlet menjalani pertandingan relay sejauh 1.2 km dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Pada sebelah petang pula mini competition diteruskan dengan 'telematch' sehingga jam 6.30 petang dan keputusan juga telah diserahkan kepada pihak urusetia bagi acara penyampaian hadiah disebelah malam nanti.

Jam 8 malam, acara penutupan kem latihan T20 Sukan Olahraga dijalankan. Dimulakan dengan persembahan daripada atlet (2 persembahan), acara penyampaian hadiah dan diakhiri dengan ucapan penutupan oleh En. Rashid Ramli Ketua Unit Pelapis Negeri, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara.

Dengan ini berakhirlah KEM LATIHAN T20 SUKAN OLAHRAGA CAWANGAN PELAPIS, MAJLIS SUKAN NEGARA dan diharapkan semua atlet yang terlibat dapat meneruskan usaha dalam meningkatkan prestasi sukan olahraga di negara.  Terima kasih juga kepada pihak jurulatih dan urusetia yang terlibat dalam memberikan kerjasama selama kem ini.
LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

Tuesday, December 2, 2014

KEM T20 OLAHRAGA 2014 : HARI KEEMPAT


TARIKH : 2 DISEMBER 2014
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN MALAYSIA, PAHANG

Hari keempat dimulakan pada jam 6.45 pagi seperti hari biasa dengan perhimpunan pagi di foyer dewan makan.

Pada jam 8.00 pagi semua atlet bergerak ke trek dan padang untuk menjalani sesi latihan.  Permulaan dengan 'warm up games' yang dikendalikan oleh jurulatih Manshahar dan selepas itu semua atlet sekali lagi dipecahkan kepada acara masing-masing sehingga berakhirnya latihan pada jam 12.00 tengahari.

Sesi latihan petang pula dimulakan pada jam 4.00 petang.  Keadaan cuaca petang ini tidak mengizinkan atlet menjalani latihan di luar dan mereka dibawa ke dewan untuk menjalani aktiviti. 

Sebelah malamnya pula semua atlet menjalani aktiviti riadah sehingga jam 9.00 malam.
LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

KEM T20 OLAHRAGA 2014 : HARI KETIGA


TARIKH : 1 DISEMBER 2014
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN MALAYSIA, PAHANG

Seperti biasa, hari ketiga juga dimulakan dengan perhimpunan pagi. Tepat jam 8.30 pagi semua atlet telah bersedia di trek dan padang stadium untuk menjalani latihan mengikut acara masing-masing.  Mereka telah dipecahkan dan dikendalikan oleh jurulatih yang kursus pada bidang tertentu.  Sesi latihan pagi berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Sesi latihan petang bermula pada jam 4 petang.  Atlet menjalani aktiviti warm up Semua atlet masih tertumpu pada acara masing-masing. 

Aktiviti malam pula sekali lagi menjemput tiga (3) orang pegawai dari Pusat Satelit Institut Sukan Negara Pahang untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Persediaan Fizikal'.  Ceramah tersebut diberikan oleh En. Muhd. Syukur iaitu pegawai dari bahagian Fisiologi Senam Pusat Satelit ISN Pahang. 

Sebaik sahaja tamatnya ceramah tersebut, mereka menjalankan satu aktiviti khas untuk atlet iaitu 'fun games' yang menguji kekuatan atlet. 

Program tersebut berakhir pada jam 10 malam dengan penyampaian cenderahati daripada pihak ISN Pahang kepada wakil pasukan atlet serta jurulatih dan sesi bergambar beramai-ramai.
LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

KEM T20 OLAHRAGA 2014 : HARI KEDUA


TARIKH : 30 NOVEMBER 2014
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN MALAYSIA, PAHANG

Untuk hari kedua, tepat jam 6.30 pagi perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan bacaan doa oleh ketua atlet.

Pihak pengurusan kem telah menjemput tiga (3) orang wakil daripada Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Pahang untuk menjalankan ujian kecergasan kepada semua atlet kem ini.  Ujian bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari dan jurulatih juga turut membantu.

Sesi petang pula, semua atlet dibawa turut ke trek stadium untuk menjalankan aktiviti warm up dan tiada aktiviti lasak memandangkan mereka baru menjalani ujian kecergasan pada sebelah pagi tadi.

Tepat jam 8.30 malam pula, sekali lagi urusetia dari Cawangan Hal Ehwal Atlet menjalankan aktiviti berkumpulan.  Ia bertujuan untuk menerapkan semangat sepasukan dalam diri atlet tanpa mengira siapakah mereka (jenis acara) dan yang utama adalah kejayaan matlamat yang ingin dicapai.
LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

KEM T20 OLAHRAGA 2014 : HARI PERTAMA

TARIKH : 29 NOVEMBER 2014
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN MALAYSIA, PAHANG

Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Kem T20 bagi sukan Olahraga dimana perjalanan dari Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) bermula pada jam 9 pagi dan sampai ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Gambang pada jam 12.00 tengahari. 

Seramai seorang (1) pegawai, tiga (3) orang urusetia, tujuh (7) orang jurulatih dan tiga puluh enam (36) orang atlet sukan olahraga dari dua belas (12) buah negeri telah mendaftar.

Pada jam 3 petang taklimat program telah diberikan oleh pegawai yang bertugas dan jadual juga turut diedarkan kepada jurulatih dan atlet yang terlibat.

Selepas minum petang pada jam 4 petang pula sesi bersama jurulatih pula diadakan.  Ia bertujuan untuk memperkenalkan semua jurulatih yang terlibat kepada semua atlet yang menyertai kem latihan ini dan taklimat daripada wakil jurulatih yang mengetuai kem ini iaitu En. Manshahar iaitu jurulatih dari program Pelapis Kebangsaan, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM).

Aktiviti pada sebelah malamnya pula adalah 'ice breaking' yang dijalankan oleh tiga (3) orang urusetia dari Cawangan Hal Ehwal Atlet (HEA), Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) dan aktiviti tersebut berakhir pada jam 10.30 malam.
LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN