Wednesday, December 10, 2014

KEM T20 BERBASIKAL 2014 : HARI KETIGA

9 Disember 2014

Hari ini telah masuk hari ketiga kem latihan dijalankan. Seperti biasa perhimpunan pagi dan doa selamat diadakan pada 7:00 pagi dan terus bergerak ke Veledrom menaiki 3 buah van MSN.

Sejurus sampai di Veledrom, atlet diarah untuk melakukan regangan badan sebelum aktiviti trek dilaksanakan. Aktiviti pada pagi ini adalah 'Warming Up Lap - 10 min trek atas, 5 min trek bawah dan 10 min Activation', Teknik Standing Start dan Fly 100m. Sesi pagi ini tamat pada jam 12:00 tengahari.

Sesi petang bersambung pada jam 3:00 petang dari kesinambunangan latihan yang diadakan pada pagi hari ini. Selepas 1 jam 30 min latihan dijalankan cuaca agak kurang sesuai untuk latihan diteruskan dimana hujan turun dengan lebatnya menyebabkan latihan terpaksa dibatalkan.

Pada sebelah malam tiada aktiviti dilaksanakan. Atlet diberi rehat secukupnya untuk latihan esok hari.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI KETIGA

Hari ini masuk hari ketiga Kem T20 Taekwondo 2014 yang mana telah menunjukkan perubahan yang positif di kalangan atlet sepanjang melakukan aktiviti pada hari ini. Atlet-atlet begitu berdisiplin sepanjang 3 hari kem diadakan dan memudahkan jurulatih bagi melakukan tugas yang dipertangungjawabkan. Pada awal pagi atlet berkumpul untuk melakukan perhimpunan pagi dan melakukan sedikit regangan badan sebelum bergerak ke SMK Seri Pagi untuk menjalani latihan.

Seawal 7.00 pagi atlet telah menjalani latihan yang dikendalikan oleh En Benjamin Raj dan dibantu oleh jurulatih separuh masa yang lain. Latihan lebih memfokuskan tentang kepantasan pergerakan dan teknik tendangan dan tumbukan yang boleh diguna pakai sewaktu menghadapi kejohanan. Latihan intensif ini amat perlu dalam menyaingi atlet-atlet dari negara lain yang mempunyai kelebihan ketinggian berbanding atlet negara kita.

Pada sebelah petang latihan diteruskan lagi dan kali ini latihan telah dikendalikan oleh Cik Elaine Teo Shueh Fern iaitu bekas atlet negara yang pernah mewakili Malaysia dalam Temasya Olimpik di Beijing China yang mana kini telah menjadi jurulatih sepenuh masa bagi program Pelapis Kebangsaan. Dalam latihan ini, jurulatih telah menunjukan teknik-teknik menyerang dan bertahan yang mana teknik menyerang ini lebih memfokuskan kepada kepala pihak lawan dalam mencari markah yang lebih tinggi semasa dalam kejohanan-kejohanan yang disertai selepas ini. Latihan ini tamat sehingga jam 3 petang dan akan disambung keesokan hari.

Satu sesi ceramah Psikologi dan Persediaan Mental telah diadakan bersama Master Shivalingam iaitu seorang penceramah yang dijemput khas dari Institut Sukan Negara. Dalam ceramah ini atlet-atlet ditekankan dengan bagaimana atlet perlu bersikap lebih positif sebelum, semasa dan selepas menghadapi kejohanan. Kelemahan berfikir ketika beraksi dalam kejohanan juga antara faktor yang disentuh oleh Master Shivalingam yang mana menjadi punca atlet-atlet sering gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Sedikit permainan juga diselitkan semasa ceramah berjalan bagi memberi keseronokan memandangkan semua atlet yang terlibat merupakan atlet-atlet yang masih muda.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEM T20 BERBASIKAL 2014 : HARI KEDUA

8 Disember 2014

Hari ini aktiviti kem bermula dengan perhimpunan pagi dan doa selamat. Selepas perhimpunan atlet semua bergerak ke Institut Sukan Negara (ISN) untuk menjalani Ujian Kecergasan. Antara ujian-ujian yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Standing  Broad Jump
2. Static Vertical Jump
3. 40m Sprint
4. Medicine Ball Throw
5. Bleep Test

Sesi Ujian tamat pada jam 12:30 tengahari dan atlet bergerak balik ke hotel untuk makan tengahari. Aktiviti bersambung pada jam 4:00 petang untuk sesi latihan di Veledrom Cheras. Sebelum atlet ke Veledrom, semua membantu menaikan basikal trek masing-masing ke atas lori untuk dihantar dan simpan di stor Veledrom. Latihan tergendala selama 1 jam untuk jurulatih memperbetulkan atau membaiki basikal serta taklimat untuk latihan hari ini oleh Ketua Jurulatih, En. Suod. Latihan dimulakan pada jam 5:00 petang. Latihan yang dijalankan adalah Pengenalan kepada permukaan trek (tinggi dan kecuraman trek).

Disebelah malam, satu sesi ceramah bertajuk 'Asas Kecederaan & Perawatan Sukan' yang di kendalikan oleh pegawai perubatan dari ISN. Aktiviti akan bersambung esok pada jam 8:00 pagi di Veledrom Cheras.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Tuesday, December 9, 2014

KEM T20 BERBASIKAL 2014 : HARI PERTAMA

7 Disember 2014

Hari ini hari merupakan pendaftaran bagi semua atlet yang telah disenaraikan untuk menyertai Kem Bakat ini.  Pendaftaran bermula seawal jam 8:00 pagi dengan ketibaan atlet dari Pulau Pinang dan diikuti oleh atlet dari Sarawak serta atlet Terengganu.Seramai 31 orang atlet (12 lelaki & 19 wanita) dan 13 orang jurulatih/pegawai telah melaporkan diri. Kekurangan kehadiran atlet lelaki adalah sebab 7 orang atlet terlibat dalam kem ACC Berbasikal.
Senarai pegawai, jurulatih dan atlet adalah berikut:

Pegawai (SDO)
1. En. Akmal Syarifudin Ahmad (Perlis)
2. En. Edzamry Bin Ambia (Johor)
3. En. Mohamad Ikmal Afandi (Sarawak)
4. Cik Nor Fadhilah Junkipili (Kelantan)

Jurulatih
1. En. Suod Hussain (Pelapis Kebangsaan)
2. En. Mohd Azri Jusoh (Pelapis Kebangsaan)
3. En. Mohd Shamir (Mekanik Pelapis Serantau
4. En. Mohd Zamani Mustarudin (Pelapis Serantau)
5. En. Mohd Ghaffuan Ghazali (Kedah)
6. En.  Mohd Aim Mohd Fauzi (Pahang)
7. En. Firdaus Daud (Johor)
8. En. Miesheelan A/L Ganesan (P. Pinang)
9. Cik Nishantini A/P Suresh (Perlis)

Atlet Lelaki 
1. En. Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham (Perlis)
2. En.  Sunan Promwichit Wirach (Perlis)
3. En. Muhammad Faiz Shaiful Rizal (Kedah)
4. En. Muhd Mujahid Mohd Shukri (Kedah)
5. En. Muhamad Harith Arief Kazman (Perak)
6. En.  Mohammad Helmi Muhammad Ismail Abdullah (Perak)
7. En. Muhammad Aiman Haiqal Mohd Sharul Faizal (Selangor)
8. En. Wan Abdul Rahman Hamdan (Terengganu)
9. En. Zuladri Amin Zulkarnain (Terengganu)
10. En. Muhammad Azim Mohammad Raffi (N. Sembilan)
11. En. Syafiq Fadhlil Suhani (Sarawak)
12. En. Muhammad Nur Aiman Rosli (Johor)

Atlet Wanita
1. Cik Arianna Prom Wichit A/P Cherun (Perlis)
2. Cik Fatin Najiha Halim (P. Pinang)
3. Cik Nur Syamimi Nabila Bakri (P. Pinang)
4. Cik Nur Shamimi Nasuha Bakri (P. Pinang)
5. Cik Naziatul Azzua Illias (Sarawak)
6. Cik Cassandra Anak Lukas (Sarawak)
7. Cik Nur Fasihah Mohd Yusni (Selangor)
8. Cik Farah Haifaa Mohamad Rasif (N. Sembilan)
9. Cik Siti Nur Afiezah Khairudin (N. Sembilan)
10. Cik Nur Alia Nabila Mohd Sabri (Pahang)
11. Cik Nurul Najwa Mohd Fauzi (Pahang)
12. Cik Nur Faizah Ahmad (Terengganu)
13. Sh. Nur Ilya Az-Zahra Syed Zulkifli (Terengganu)
14. Cik Siti Zulaikha Hamdan (Johor)
15. Cik Uzwanna Izati Abu Bakar (Johor)
16. Cik Puteri Rabiatul Nisa Rozman (Johor)
17. Cik Izati Fifiyana Shazwanie Shaiful (ASZU)
18. Cik Nur Aina Syarah (ASZU)
19. Cik Siti Nur Alia Mansor (Terengganu)

Pada jam 4:00 petang, satu sesi taklimat kem telah diadakan dan taklimat pengisian program oleh En. Suod Hussein, Ketua Jurulatih Berbasikal Pelapis Kebangsaan. Selepas sesi taklimat, kem ini diteruskan dengan pembentangan 'Bike Fit Praktikal', Anatomi/Praktikal Basikal serta Asas Teknikal Berbasikal oleh En. Mohd Zamani Mustarudin, Jurulatih Pelapis Serantau.

Pada sebelah malam satu sesi pengenalan penggunaan gearing bagi junior dan senior serta acara-acara yang dipertandingkan dalam Trek. Turut diterangkan dalam sesi ini ialah acara dalam trek sekiranya trek tersebut berukuran 400m dan jika trek berukuran 250m serta cara-cara yang selamat ketika dalam perlumbaan. Sesi tamat pada jam 10:00 malam.

Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah ujian kecergasan pada sebelah pagi dan latihan praktikal di veledrom pada sebelah petang.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI KEDUA

Hari ini telah masuk hari kedua Kem Bakat T20 Sukan Taekwondo 2014 berlangsung di mana atlet dilihat begitu bersemangat melakukan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Satu perhimpunan telah diadakan pada pukul 6.30 pagi dengan atlet menyanyikan lagu negaraku dan melakukan sedikit regangan badan sebelum bersarapan pagi.

Pada pukul 9.00 pagi satu sesi ujian kecergasan telah dijalankan oleh pihak Institut Sukan Negara. Sesi ini dijalankan adalah bagi menguji tahap kecergasan para atlet serta kepantasan dalam pergerakan yang dapat digunakan semasa menyertai pertandingan. Antara ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:


1.Mengukur berat dan tinggi
2.Sit & Reach
3.Standing Board Jump
4.Vertical Jump
5.1 minute push up
6.1 minute sit up
7.10m sprint test
8.Yoyo Test

Pada sebelah petang atlet menjalani latihan yang telah dikendalikan oleh Jurulatih T20 En.Benjamin Raj dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih negeri. Latihan lebih tertumpu kepada teknik-teknik dan kepantasan pergerakan para atlet. Pada sebelah   malam satu aktiviti berkumpulan telah dijalankan pada sebelah malam yang telah dikendalikan oleh En.Suhaimi iaitu Pegawai Pembangunan Negeri.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI PERTAMA

Kem Bakat T20 Sukan Taekwondo 2014 telah diadakan yang mana bermula dari dari 7 hingga 12 Disember 2014 bertempat di Seremban, Negeri Sembilan. Kem ini telah melibatkan seramai 34 orang dengan pecahan 18 atlet wanita dan 16 atlet lelaki dan tujuan kem ini diadakan adalah bagi membentuk serta mencari atlet-atlet yang mampu bertanding di Temasya Olimpik kelak.

Pendaftaran kem bermula pada pukul 12.00 tengahari dengan kehadiran atlet-atlet dan jurulatih dari negeri-negeri yang terlibat seperti Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Terengganu. Pada sebelah petang atlet-atlet berkumpul dan diberi taklimat oleh Jurulatih T20 iaitu En.Benjamin Raj mengenai tentatif kem dan peraturan yang perlu dipatuhi. Selain itu, penerangan juga diberikan kepada atlet tentang objektif utama kem yang berlangsung selama 6 hari ini. Seramai 5 orang Jurulatih Separuh Masa (JSM) dari Pelapis Negeri turut terlibat dengan kem ini.

Pada sebelah malam, satu sesi Ice Breaking telah dijalankan kepada atlet yang telah dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Negeri iaitu En Suhaimi dari P.Pinang dan En Syafiq dari N.Sembilan. Sesi ini telah tamat pada jam 10.30 malam dan aktiviti seterusnya akan bersambung pada keesokan hari.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI