Friday, December 12, 2014

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI TERAKHIR


Hari ini 12 Disember 2014 merupakan hari terakhir bagi Kem T20 Taekwondo 2014 melabuhkan tirainya di mana atlet-atlet telah berjaya mengharungi latihan yang mencabar sepanjang 6 hari kem berlangsung. Kem ini juga boleh dikatakan mencapai objektifnya bagi mengumpul atlet-atlet berbakat yang mampu bersaing di Temasya Olimpik satu hari nanti kerana atlet-atlet yang terlibat telah menunjukan kehebatan walaupun di usia yang muda.

Majlis penutup telah berlangsung pada jam 9.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Jurulatih Program T20 bagi sukan taekwondo iaitu En.Benjamin Raj. Sedikit rumusan dan kata-kata semangat telah diberikan oleh jurulatih kepada semua atlet yang terlibat. Sesi penyampaian hadiah juga telah dijalankan di mana terdapat beberapa atlet telah dipilih sebagai pemenang berdasarkan kriteria seperti atlet paling berdisiplin dan atlet paling berpotensi. Majlis penutup telah tamat pada jam 11.00 pagi dan atlet telah bergerak pulang ke negeri masing-masing pada waktu tengahari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI KELIMA


Tinggal sehari sahaja lagi Kem T20 Sukan Taekwondo 2014 bakal melabuhkan tirainya namun semua atlet dilihat masih tekun menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh sepanjang kem ini berlangsung. Pada hari kelima kem, atlet telah menyiapkan diri bagi menghadapi "sparring match" yang dijadualkan berlangsung pada sebelah petang.

Pada sebelah pagi atlet-atlet telah menjalani aktiviti seperti pada kebiasaannya iaitu perhimpunan pagi dan melakukan regangan badan. Setelah tamat semua atlet dan jurulatih bergerak ke ke SMK Seri Pagi bagi menjalani latihan yang mana latihan pada sebelah pagi akan dikendalikan oleh En Sarawanan yang merupakan bekas atlet negara dan kini seorang jurulatih di Pelapis Kebangsaan Majlis Sukan Negara. Dalam sesi latihan ini beliau banyak menunjukan teknik-teknik berlawan yang terkini di samping menceritakan pengalaman serta beliau sepanjang menjadi atlet kebangsaan pada satu ketika dahulu.

Pada sebelah petang, sesi "sparring match" telah diadakan bagi menguji keberkesanan latihan yang diadakan selama seminggu berkampung di Negeri Sembilan ini. Ternyata latihan yang diadakan sepanjang kem berjaya digunakan oleh atlet semasa sparing match dijalankan. Atlet-atlet juga mendengar arahan dengan baik daripada jurulatih yang terlibat dan ini menunjukan sesuatu yang positif bagi peningkatan sukan taekwondo di negara ini. Namun begitu, terdapat sedikit kecederaan biasa yang berlaku kepada atlet dan pihak penganjur mengambil tindakan pantas bagi memberi rawatan semasa perlawanan dijalankan.

Aktiviti telah tamat pada jam 6.00 petang dan aktiviti seterusnya akan bersambung pada keesokan hari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Thursday, December 11, 2014

KEM T20 BERBASIKAL 2014 : HARI KEEMPAT

10 Disember 2014

Aktiviti pada hari keempat seperti biasa bermula dengan perhimpunan pagi dan regangan badan sebelum memulakan sesi latihan di atas trek.

Pada sebelah pagi atlet dipecahkan kepada 2 kumpulan dan menyambung latihan berikut:

1. Warm Up (Teknik)
2. Looking Back (Teknik)
3. Sprint Pair (Teknik)
4. Flying Start 1 Lap ( Teknik)
5. Standing Start 1 Lap (Teknik)
6. Individual Pursuit (Teknik)

Sebelah petang, aktiviti bermula pada jam 3:00 petang.  Latihan yang dijalankan adalah Team Sprint (Teknik) dan Team Pursuit (Teknik). Sesi latihan tamat pada jam 6:00 petang.




Sesi team building/ fun games mengakhiri aktiviti pada hari ini yang dikendalikan oleh En. Akmal, SDO Perlis dan rakan-rakan SDO yang lain. Esok (11 Disember 2014) dijadualkan akan berlangsung Mini Pertandingan.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG 
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Wednesday, December 10, 2014

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI KEEMPAT

Hari keempat Kem T20 Taekwondo menyaksikan latihan yang dikendalikan oleh Jurulatih En.Benjamin semakin mencabar dan ada antara atlet-atlet yang telah memperlihatkan peningkatan dari segi kepantasan dan teknik sepanjang sesi latihan berlangsung. Namun sebelum latihan dijalankan seperti kebiasaan satu perhimpunan pagi dijalankan berserta bacaan doa dan nyanyian lagu negaraku yang dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Negeri.

Latihan sebelah pagi telah bermula pada pukul 8.30 pagi di mana latihan yang lebih intensif diberikan kepada atlet-atlet yang terlibat pada hari keempat ini. Pada sebelah petang, latihan diteruskan lagi dengan atlet-atlet diajar dengan teknik-teknik berlawan yang mana boleh digunakan oleh atlet ketika menyertai mana-mana pertandingan. Kem T20 Sukan Taekwondo 2014 pada kali ini telah dikunjungi oleh Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara iaitu En.Jefri Ngadirin dan Ketua Unit Pelapis Kebangsaan En.Azrul Hisham. Sedikit taklimat dan nasihat telah diberikan oleh En.Jefri Ngadirin kepada semua atlet dan jurulatih tentang pentingnya Program T20 ini bagi pembangunan sukan negara pada masa hadapan.

Satu sesi ceramah Pemakanan Dalam Sukan telah diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara pada sebelah malam. Sesi ini telah dikendalikan oleh Cik Kamsina dan Cik Isabelle Van Huizen dari Unit Pemakanan ISN. Penceramah banyak menekankan soal pemakanan atlet sebelum semasa dan selepas kejohanan kerana aspek pemakanan adalah satu perkara yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang atlet itu. Aktiviti kem telah tamat pada jam 10.30 malam dan akan bersambung pada keesokan harinya.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEM T20 BERBASIKAL 2014 : HARI KETIGA

9 Disember 2014

Hari ini telah masuk hari ketiga kem latihan dijalankan. Seperti biasa perhimpunan pagi dan doa selamat diadakan pada 7:00 pagi dan terus bergerak ke Veledrom menaiki 3 buah van MSN.

Sejurus sampai di Veledrom, atlet diarah untuk melakukan regangan badan sebelum aktiviti trek dilaksanakan. Aktiviti pada pagi ini adalah 'Warming Up Lap - 10 min trek atas, 5 min trek bawah dan 10 min Activation', Teknik Standing Start dan Fly 100m. Sesi pagi ini tamat pada jam 12:00 tengahari.

Sesi petang bersambung pada jam 3:00 petang dari kesinambunangan latihan yang diadakan pada pagi hari ini. Selepas 1 jam 30 min latihan dijalankan cuaca agak kurang sesuai untuk latihan diteruskan dimana hujan turun dengan lebatnya menyebabkan latihan terpaksa dibatalkan.

Pada sebelah malam tiada aktiviti dilaksanakan. Atlet diberi rehat secukupnya untuk latihan esok hari.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI